tag:blogger.com,1999:blog-9839157461760490662024-02-08T11:58:10.694-08:00 Bahasa Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.comBlogger9125tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-79792078064025366952013-04-15T00:45:00.001-07:002013-04-15T00:45:15.881-07:00Kata Ganti Nama Diri

Kita

kata ganti nama diri orang pertama (banyak)

Saya

kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - percakapan rasmi

Kamu

kata ganti nama diri orang kedua (tunggal)

Hamba

kata ganti nama diri orang pertama (tunggal) - bahasa Melayu lama

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-6091441277525042852013-04-15T00:43:00.000-07:002013-04-15T00:43:41.408-07:00Karangan Laporan

Laporan Minggu Bahasa Melayu

Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bahagia telah menganjurkan
Minggu Bahasa Melayu yang bermula dari 12 Mei hingga 16 Mei 2011.

Objektif utama Minggu Bahasa Melayu itu diadakan adalah seperti berikut :

Menggalakkan penggunaan Bahasa Melayu yang betul.

Memupuk minat murid untuk berkarya dan mencungkil bakat seni sastera.

Membantu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid.

Memberi kesedaran tentang kepentingan dan peranan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Minggu Bahasa Melayu telah dilancarkan oleh Tuan Haji Abdul Rahman bin
Husin, Guru besar sekolah ini untuk sesi pagi dan Tuan Haji Saari bin
Harun, Penyelia Petang untuk sesi petang pada 12 Mei 2011.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu berkenaan untuk semua tahap murid sebagaimana berikut:

Tahun 1 - Pertandingan Mewarna

Tahun 2 - Pertandingan Bercerita

Tahun 3 - Pertandingan Berpantun

Tahun 4 - Pertandingan Mendeklamasi Sajak

Tahun 5 - Pertandingan Syarahan

Tahun 6 - Pertandingan Menulis Esei

Terbuka kepada murid Tahap 2 - Pertandingan Melukis Poster 'Cintailah Bahasa Melayu'

Murid-murid telah menunjukkan minat dan memberikan sambutan yang menggalakkan terhadap semua aktiviti yang dijalankan.

Semua pertandingan telah diadili oleh guru-guru dalam Panitia Bahasa
Melayu. Sebanyak 3 hadiah disediakan bagi setiap pertandingan.
Hadiah-hadiah pertandingan telah disumbangkan oleh pengusaha kantin
sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan pada 17 Mei 2011. Tuan Guru
Besar dan Yang Dipertua PIBG telah menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.

Disediakan oleh,

20 MEI 2011.

(SHAHARUDIN BIN BUSU)

Setiausaha,

Panitia Bahasa Melayu,

Sekolah Kebangsaan Bahagia.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-86791144148879469632013-04-15T00:42:00.002-07:002013-04-15T00:42:30.062-07:00Karangan Contoh LaporanKUALA
LUMPUR, 19 Disember - Angin Monsun Barat Daya yang membawa hujan lebat
sejak awal pagi ini mengakibatkan beratus-ratus orang penduduk di Pantai
Barat Semenanjung terpaksa dipindahkan. Beribu-ribu orang warga Lembah
Klang juga turut terperangkap dalam kesesakan lalu lintas setelah jalan
utama dinaiki air.

Kejadian yang paling buruk berlaku di Jalan Tapah - Cameron
Highlands apabila berlakunya tanah runtuh di Kilometer 38.4. Kejadian
itu menyebabkan tiga buah lori tertimbus. Seorang pemandu daripada
lori-lori tersebut mengalami cedera parah sementara dua orang pemandu
yang lain terselamat dalam kejadian pada pukul 8.00 pagi itu. Pemandu
lori berusia 50 tahun yang cedera parah itu telah dihantar ke Hospital
Cameron Highlands, di Tanah Rata untuk menerima rawatan lanjut. Jabatan
Bomba dan Pertahanan Awam turut terlibat untuk memberi bantuan kepada
mangsa.

Berikutan dengan kejadian tersebut, Ketua Polis Daerah Batang
Padang, Supritendan Wan Mohamad Wan Abdullah berkata, beratus-ratus buah
kenderaan yang hendak menuruni kawasan percutian itu telah
terperangkap. Laluan itu terpaksa ditutup sepenuhnya untuk tujuan
pembersihan tanah. Sehingga pukul 7.45 malam ini, hanya satu laluan
sahaja yang dapat digunakan untuk kenderaan.

Menurutnya, selain kejadian pada pukul 8.00 pagi itu, dua kejadian
tanah runtuh lagi dikesan di laluan tersebut, iaitu di Kilometer 25.6
dan Kilometer 41.6. Walau bagaimanapun, kejadian tanah runtuh itu tidak
melibatkan sebarang kemalangan.

"Orang ramai yang hendak mengetahui keadaan laluan Tapah - Cameron
Highlands bolehlah menghubungi petugas Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis
Daerah Batang Padang di talian 05-4015222", katanya.

Sementara itu, hujan lebat yang turun hampir di seluruh negara
sejak awal pagi ini mengakibatkan banjir kilat dan perhubungan jalan
raya terputus. Suasana di Lembah Klang kelam-kabut apabila beribu-ribu
buah kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas setelah beberapa
batang jalan utama ditenggelami air. Kemalangan jalan raya turut
berlaku di beberapa tempat. Hal ini disebabkan oleh kecuaian pemandu.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, hujan lebat yang berlaku
pagi ini berpunca daripada peralihan Angin Monsun Barat Daya dan keadaan
tersebut dijangka berlarutan sehingga bulan Mac tahun depan.

"Hujan lebat turun tidak secara berterusan, sebaliknya
sekejap-sekejap dan diikuti hujan renyai-renyai," jelas jurucakap
jabatan itu sambil menasihati orang ramai agar mengikuti ramalan cuaca
yang dikeluarkan pihaknya.
Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-27004524202946707452013-04-15T00:41:00.000-07:002013-04-15T00:41:16.018-07:00Penjodoh Bilangan

Sehiris

penjodoh bilangan bagi sesuatu yang dipotong nipis (daging), sepotong

Sekepal

seisi genggaman tangan ( nasi)

Seketul

penjodoh bilangan bagi keratan tulang, kayu dan lain-lain. Segumpal
(tanah, nasi dan lain-lain)

Secubit

sebanyak yang dapat disepit di antara ibu jari dengan jari telunjuk

Biji

penjodoh bilangan bagi buah-buahan

Hiris

penjodoh bilangan bagi sesuatu yang dipotong nipis (daging), sepotong

Keping

penjodoh bilangan bagi sesuatu yang pipih dan nipis (kayu, kad, dan
kertas)

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-65614362581139442402013-04-15T00:39:00.001-07:002013-04-15T00:39:18.850-07:00Kata Penegas

1.

Kata
penegas atau partikel ialah kata yang digunakan untuk memberi penekanan
atau menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Terdapat banyak kata penegas dalam bahasa Melayu. Antaranya adalah sebagaimana berikut:

a) -kah
b) -tah
c) -lah
d) juga/jua
e) pun
f) sahaja
g) lagi
h) hanya
i) memang
Kata penegas -kah, -tah dan -lah
hadir sebagai penegas frasa predikat hanya apabila bahagian-bahagian
ayat yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan. Kata-kata penegas
ini mestilah digandingkan atau dirangkaikan dengan perkataan atau frasa
yang ditegaskan.

Manakala kata penegas juga atau jua, pun, sahaja, lagi, hanya dan memang bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat sama ada dalam subjek atau predikat. Kata-kata penegas ini mestilah ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau frasa yang ditegaskan.

2.

a) Kata penegas juga dan jua saling berganti yang digunakan untuk menekankan atau menegaskan perkataan yang mendahuluinya dalam ayat penyata.
b) Kata-kata penegas ini boleh hadir di tengah dan di belakang ayat.
c) Kata penegas juga atau jua tidak boleh hadir di hadapan ayat.

Contoh 1: (menunjukkan 'keadaan yang sama' atau 'serupa')
i. Mereka juga ingin pergi ke pasar malam ini.
ii. Kalau ayah pergi ke masjid, saya hendak ikut juga.

Salah jika:

i. Juga mereka ingin pergi ke pasar malam.
ii. Juga saya hendak ikut kalau ayah pergi ke masjid.

Contoh 2: (menunjukkan 'perbuatan yang berterusan' atau 'tidak berhenti-henti')

i. Budak-budak itu bermain jua walaupun hujan lebat.
ii. Meskipun dilarang oleh ibunya, Fakrul tetap akan pergi juga.

Contoh 3: (menunjukkan 'perbuatan yang berulang-ulang')

i. Semalam ayah tidak pergi bekerja dan hari ini juga beliau tidak pergi bekerja.
ii. Sudah tiga hari dia menanti surat daripada abangnya dan hingga kini dia masih juga menunggu surat itu.

Contoh 4: (menunjukkan 'agaknya' atau 'tidak seberapa' atau 'tidak sebegitu')

i. Abang Aznan tampan juga tetapi tidaklah setampan abang Salleh.
ii. Kereta baharu jiran saya itu mahal juga harganya tetapi tidak semahal kereta mewah ini.

Contoh 5: (menunjukkan 'ketidaktentuan' atau 'sebarang')

i. Apa-apa jua keputusan yang diambil oleh ayah, kami akan mematuhinya.
ii. Ke mana-mana juga dia pergi, buku tetap sentiasa di tangannya.
iii. Sesiapa juga tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan itu sekarang.

3.

a) Kata penegas hanya digunakan untuk memberi penekanan atau penegasan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat yang membawa maksud 'cuma', 'sahaja', 'tidak lebih daripada' atau 'sekadar' dan 'kecuali/melainkan'.
b) Boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat.
c) Tidak boleh hadir di belakang ayat.

Contoh 1: (menunjukkan 'cuma' atau 'sahaja')

i. Hanya Taib seorang yang telah tiba di sekolah.
ii. Ahmad pulang ke kampung hanya dua hari.

Contoh 2: (membawa maksud 'tidak lebih daripada' atau 'sekadar')

i. Saleha hanya tersenyum apabila Rohana menegurnya di perhentian bas itu.
ii. Pak Karim hanya memerhati aksi berbahaya anaknya semasa menunggang motosikal itu.

Contoh 3: (membawa maksud 'kecuali' atau 'melainkan')

i. Semua murid kelas itu ingin menyertai rombongan itu, hanya Zakiah yang tidak mahu menyertainya.
ii. Klinik itu dibuka pada setiap hari dan hanya ditutup pada hari minggu.

d) Kata penegas hanya tidak boleh hadir bersama-sama kata penegas sahaja dalam satu ayat.

Contohnya:

Hanya Ramlah sahaja yang tidak hadir ke majlis itu semalam.

Sepatutnya:

Hanya Ramlah yang tidak hadir ke majlis itu semalam.
Ramlah sahaja yang tidak hadir ke majlis itu semalam.

4.

a) Kata penegas -kah, -tah dan -lah boleh hadir di hadapan ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat. Ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan yang ditekankan atau ditegaskan.
b) Kata penegas juga dan jua boleh hadir di tengah atau di belakang ayat dan tidak boleh hadir di hadapan ayat.
c) Kata penegas juga saling bergantian dengan kata penegas jua. Kata penegas sahaja saling bergantian dengan kata penegas hanya dalam satu ayat.
d) Kata penegas sahaja dan lagi boleh hadir di tengah dan di belakang ayat tetapi tidak boleh hadir di hadapan ayat.
e) Kata penegas hanya dan memang boleh hadir di hadapan dan di tengah ayat tetapi tidak boleh hadir di belakang ayat.
f) Kata penegas pun boleh hadir di tengah ayat sahaja dan tidak boleh hadir di hadapan atau di belakang ayat.
g) Kata penegas juga, jua, pun, sahaja, hanya, lagi dan memang mesti ditulis berasingan atau dijarakkan dari perkataan atau bahagian ayat yang ditegaskan.
h) Kata penegas pun mesti ditulis bergandingan atau dirangkaikan dengan perkataan sebelumnya apabila membentuk kata hubung dan penanda wacana.

i. Contoh Kata Hubung:
- biarpun, kendatipun, meskipun, sungguhpun, walaupun
ii. Contoh Penanda Wacana:
- lagipun, sungguhpun begitu, sungguhpun demikian, walaupun demikian, walau bagaimanapun, biarpun begitu,

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com10tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-68567680479161028922013-04-15T00:13:00.000-07:002013-04-15T00:13:05.452-07:00Kata Nafi

1.

Kata Nafi digunakan untuk menafikan, menolak, menghalang, menyatakan tiada atau tak. Terdapat dua jenis kata nafi, iaitu
a) tidak
b) bukan

2.

Kata nafi tidak boleh digunakan di hadapan frasa kerja.

Contoh:
Budin tidak menumbuk budak itu.
(Tidak ialah kata nafi dan menumbuk budak itu ialah frasa kerja.)

Salah jika:
Budin bukan menumbuk budak itu.

3.

Hati Azwan tidak berasa tenang selagi dia tidak menyiapkan kerja-kerja sekolahnya.

- berasa (kata kerja)
- berasa tenang (frasa kerja)
- guna tidak

- menyiapkan (kata kerja)
- menyiapkan kerja sekolahnya (frasa kerja)
- guna tidak

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-22618307524844940392013-04-14T21:28:00.001-07:002013-04-14T21:28:15.615-07:00 Contoh : Syair / Puisi

HIDUP SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Inilah kisah di sebuah desa
Penduduknya banyak berbilang bangsa
Berbeza adat, budaya, bahasa
Namun hidup sekata sentiasa

Susah senang sama berganding
Segala masalah dibawa berunding
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bagaikan aur dengan tebing

Hidup sepakat setiap masa
Kaya dan miskin sama merasa
Orang yang susah dibantu sentiasa
Hidup mereka aman sentosa

Apabila tiba musim perayaan
Kunjung-mengunjung menjadi amalan
Jari disusun memohon kemaafan
Hidup harmoni sepanjang zaman

Dijaga dikawal keselamatan desa
Setiap malam meronda sentiasa
Tanpa disuruh tanpa dipaksa
Desa selamat sepanjang masa

Demikianlah kisah sudah tersurat
Penduduknya bersatu berganding erat
Desa pun aman penghuni selamat
Hidup sepakat membawa berkat.Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-24567631357445227322013-04-14T21:25:00.004-07:002013-04-14T21:25:46.516-07:00 Contoh:Syarahan

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana,
barisan pembangkang dan para hadirin yang budiman. Saya sebagai
pencadang sangat bersetuju dengan tajuk 'Internet Lebih Banyak Membawa
Keburukan daripada Kebaikan.'

Hadirin yang dihormati,

Dewasa ini, internet digunakan dengan seluas-luasnya dalam pelbagai
bidang. Pusat-pusat internet terdapat di mana-mana sahaja. Di
rumah-rumah kediaman juga ada internet. Mereka sanggup menghabiskan masa
berjam-jam dengan melayari internet. Mungkin pada suatu hari nanti akan
lahir satu masyarakat yang suka membazir waktu.

Sebenarnya, kita boleh mendapat banyak maklumat yang berguna dalam
internet. Namun begitu, internet juga terdapat unsur-unsur yang negatif.
Para pelanggan menjadi leka dengan unsur-unsur tersebut. Akhirnya,
pengguna akan terdedah kepada unsur-unsur yang tidak sihat.

Apabila leka melayari internet, pengguna-penggunanya kurang melakukan aktiviti luar. Mereka tidak berinteraksi
dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Kalaulah keadaan ini berterusan,
satu ketika nanti akan wujud masyarakat yang individualistik.

Para pengguna tidak sedar bahawa bil eletrik mereka mungkin
meningkat. Sepatutnya lebihan perbelanjaan tersebut digunakan kepada
perkara-perkara yang berfaedah.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa internet lebih
banyak membawa kerosakan malah akan wujud kerosakan moral yang teruk
nanti dalam masyarakat kita.

Sekian, terima kasih.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-983915746176049066.post-46999589868728230512013-04-14T21:23:00.001-07:002013-04-14T21:23:19.879-07:00CONTOH LAPORAN

Laporan Pasukan Bola Jaring Sekolah Kebangsaan Dato' Hassan

Penasihat

Puan Zainon Ahmad
(Guru Besar)

Pengurus

Encik Shamsuddin Mohd
(Setiausaha Sukan)

Jurulatih

Puan Hasmah Hashim
Cik Zanariah Zakaria

Ketua Pasukan

Nor Akma Baharum

Pemain-pemain

1. Aisyha Nailah Harizan
2. Siti Humairah Abdul Hamid
3. Nurul Asyikin Jailani
4. Nor Ayuni Johari
5. Ainul Mardhiah Rashid
6. Siti Balqis Anuar
7. Nor Aina Khairul
8. Aqilah Ayub
9. Rabiah Ashaari

Pasukan ini telah ditubuhkan semenjak tahun lepas sebagai pasukan
pelapis. Bermula pada 18 Januari 2009, pasukan tersebut telah menjalani
latihan pada setiap petang Isnin, Rabu dan Khamis. Hal ini adalah
sebagai langkah persediaan untuk menghadapi perlawanan peringkat daerah.

Semasa latihan, jurulatih telah memberi penekanan dalam aspek
kecergasan dan kemahiran. Selain latihan fizikal, pasukan ini juga diberi motivasi
supaya menjadi pasukan yang berkeyakinan dan bersemangat. Setiap kali
sebelum latihan dimulakan, para pemain dipertontonkan dengan video dan
rakaman permainan bola jaring. Melalui aktiviti ini para pemain
berkesempatan untuk belajar tentang teknik-teknik permainan yang akan
membantu mereka dalam perlawanan sebenar nanti.

Selang dua minggu sebelum pertandingan, pasukan ini telah menjalani
latihan intensif selama seminggu dan pada minggu berikutnya telah
mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah berhampiran.

Hasil daripada kesungguhan menjalani latihan di bawah bimbingan
jurulatih, akhirnya pasukan ini telah berjaya menjadi johan pada
peringkat daerah. Sehubungan itu, pasukan bola jaring sekolah ini akan
mewakili daerah Muar ke peringkat negeri.

Sebagai pengurus pasukan, saya mengambil kesempatan untuk
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah
memberikan sokongan padu kepada pasukan bola jaring sekolah ini. Semoga
pasukan ini akan menjadi johan peringkat negeri pada tahun ini.

Disediakan oleh,

3 MEI 2009.

(SHAMSUDDIN MOHD)

Setiausaha Sukan,

Sekolah Kebangsaan Dato' Paduka.

Anonymoushttp://www.blogger.com/profile/16933590244469177487noreply@blogger.com1