Contoh:Syarahan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang bijaksana,
barisan pembangkang dan para hadirin yang budiman. Saya sebagai
pencadang sangat bersetuju dengan tajuk 'Internet Lebih Banyak Membawa
Keburukan daripada Kebaikan.'
Hadirin yang dihormati,
Dewasa ini, internet digunakan dengan seluas-luasnya dalam pelbagai
bidang. Pusat-pusat internet terdapat di mana-mana sahaja. Di
rumah-rumah kediaman juga ada internet. Mereka sanggup menghabiskan masa
berjam-jam dengan melayari internet. Mungkin pada suatu hari nanti akan
lahir satu masyarakat yang suka membazir waktu.
Sebenarnya, kita boleh mendapat banyak maklumat yang berguna dalam
internet. Namun begitu, internet juga terdapat unsur-unsur yang negatif.
Para pelanggan menjadi leka dengan unsur-unsur tersebut. Akhirnya,
pengguna akan terdedah kepada unsur-unsur yang tidak sihat.
Apabila leka melayari internet, pengguna-penggunanya kurang melakukan aktiviti luar. Mereka tidak berinteraksi
dengan kawan-kawan dan jiran-jiran. Kalaulah keadaan ini berterusan,
satu ketika nanti akan wujud masyarakat yang individualistik.
Para pengguna tidak sedar bahawa bil eletrik mereka mungkin
meningkat. Sepatutnya lebihan perbelanjaan tersebut digunakan kepada
perkara-perkara yang berfaedah.
Berdasarkan hujah-hujah di atas, jelaslah bahawa internet lebih
banyak membawa kerosakan malah akan wujud kerosakan moral yang teruk
nanti dalam masyarakat kita.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment